suria

Anang Tidak Akan Berduet Dengan Syahrini

Anang Hermansyah
Anang Hermansyah
Anang Hermansyah

JAKARTA: Penyanyi Anang Hermansyah tidak lagi bekerjasama dengan rakan duetnya Syahrini untuk projek album terbarunya yang bakal keluar tidak lama lagi.

Menurut pengurusnya Yuni, Anang kini sedang dalam proses menyiapkan single keduanya namun dengan konsep muzik yang agak berlainan.

“Untuk single kedua dia ingin berduet tetapi bukan dengan Syahrini untuk projek terbaru ini dia masih mencari penyanyi yang sesuai menjadi rakan duetnya,” ujarnya.

Namun begitu, Anang kini sibuk dalam rangka promosi single sulong puterinya, Aurelle. Dia juga akan keluar dengan lagu duet bersama puterinya itu tidak lama lagi.

Dalam pada kesibukkan itu, Anang tidak lepas menjalankan tanggungjawab mencari rakan duet untuknya. Calonnya akan diberitahu selepas proses promosi bersama Aurelle selesai.

“Sehingga kini Anang belum beritahu siapa yang bakal berduet dengannya. Mungin tidak lama lagi dia akan beritahu saya. Bagaimanapun lagu dan muziknya sudah siap untuk dirakam,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain