suria

Anuar Zain Anggap Twitter, Facebook Punca Masalah

PUTRAJAYA: Penyanyi popular Anuar Zain mengakui takut dengan trend masyarakat kini yang terlalu obsess dengan laman sosial seperti Twitter dan Facebook.

Menurutnya, kecanggihan teknologi tersebut boleh mengundang bahaya kepada orang lain atau mudah disalahgunakan.

“Saya lihat ramai yang terlalu taksub dengan Twitter atau Fecebook, di mana mereka berada pasti akan diberitahu kepada semua rakan dalam laman sosial tersebut.

“Tetapi mereka tidak tahu sebenarnya perkara tersebut akan mengundang bahaya. Bayangkan jika mereka ada mempunyai musuh sudah pasti dengan mudah sahaja mereka boleh dicari,” katanya.

Tambah Anuar, menyedari bahaya tersebut dia tidak pernah mempunyai sebarang laman sosial peribadi miliknya. Segala perkembangan kerjayanya hanya beritahu melalui laman web rasmi yang diuruskan oleh pengurusannya.

“Saya tidak mengatakan iannya tidak elok, ia bergantung kepada artis atau individu untuk menggunakan mengikut kepentingan mereka.

“Tapi bagi saya ia adalah sesuatu yang mengundang bahaya, malah ramai selebriti luar negara yang sudah menghentikan penggunaan Twitter atau Facebook,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Jelasnya, pengalaman dikatakan telah meninggal dunia merupakan peristiwa buruk yang pernah dialami akibat kecanggihan teknologi internet ini.

“Tahun lalu saya pernah diberitakan mengalami kemalangan dan meninggal dunia. Ramai yang penik dengan berita tersebut dan mencari saya.

“Walhal ketika itu saya baru sahaja menghubungi pembantu peribadi saya. Semua ini gara-gara khabar angin di internet yang entah dari mana datangnya,” katanya kesal.

Tambahnya, biarpun peredaran teknologi semakin canggih namun ia tidak sepatutnya disalah guna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Artikel Sebelum

Uqasha Kurangkan Jumpa Nabil

Artikel Berikut

Artikel Lain