suria

Syamsul Menang Pengarah Terbaik

Syamsul bergambar bersama ayahnya, Datuk Yusof Haslam selepas memenangi anugerah Pengarah Terbaik. Foto THE STAR/AZMAN GHANI
Syamsul bergambar bersama ayahnya, Datuk Yusof Haslam selepas memenangi anugerah Pengarah Terbaik. Foto THE STAR/AZMAN GHANI
Syamsul bergambar bersama ayahnya, Datuk Yusof Haslam selepas memenangi anugerah Pengarah Terbaik. Foto THE STAR/AZMAN GHANI

SHAH ALAM: Pertama kali dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Anugerah Pengarah Terbaik dimenangi oleh pengarah muda, Syamsul Yusof, menerusi filem Evolusi KL Drift pada FFM23, yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, Ahad.

Syamsul mengalahkan saingan terdekatnya iaitu Mohd Khalid (Estet), Jason Chong (Belukar), Edry Abdul Halim (Magika) sekali gus menerima sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM20,000.

Menurut Syamsul dia tidak menjangkakan kemenangan tersebut kerana saingannya merupakan pengarah-pengarah hebat dalam industri perfileman tempatan.

"Saya bersyukur atas kemenangan ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada ayah saya, Datuk Yusof Haslam yang banyak mengajar saya. Rasanya, kalau dia tidak paksa, saya tak mungkin meraih kejayaan ini,' katanya.

Pelakon Lisa Surihani berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan mengalahkan saingan, Puteri Mardiana (Santau), Mislina (Karaoke) dan Jasmine Michael (Estet).

Bagi pelakon terbaik lelaki pula, Bront Palare mengalahkan Zul Huzaimi (Haq) Isma Daniel (Santau), Farid Kamil (Lagenda Budak Setan ), Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift) menerusi filem Belukar.

Sementara itu, filem Magika meraih dua lagi anugerah iaitu filem terbaik, skor muzik asal terbaik selepas memenangi anugerah pengarah harapan terbaik (Edry), pelakon kanak-kanak terbaik (Fimie Don), anugerah penata kostum/busana (Hasnan Yaacob), penataan seni terbaik (Anuar Baharudin/Johan Lucas) dan lagu tema asal terbaik (Penyembuh Cinta:Edry).

Artikel Sebelum

Yana Tidak Silap Percaturan

Artikel Berikut

Ariz, "Terbaik Dari Ladang"

Artikel Lain