suria

FFM23: Lima Pengarah Terbaik Diumum

PETALING JAYA: Jawatankuasa penganjuran Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), Jumaat mengumumkan senarai juri dan lima calon yang akan merebut anugerah Pengarah Terbaik pada malam kemuncak acara itu yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre, Ahad ini.

Mereka terdiri daripada Ahmad Idham yang dicalonkan untuk filem Adnan Sempit, Farid Kamil (V3:Samseng Jalanan) , Jason Chong Chia Sen (Belukar), Mamat Khalid (Estet) dan Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2).

Sementara para juri yang terlibat mengadili filem-filem cereka kali ini ialah penerbit filem, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin, Pansha, penggiat filem, Dr. Naim Ahmad dan Kamarudin Abu serta wartawan Akmal Abdullah.

Daripada 24 kategori anugerah yang diperkenalkan, sebanyak sembilan anugerah utama akan diumumkan pada malam kemuncak FFM23, Ahad ini.

Rabu lalu, sebanyak 12 kategori untuk Anugerah Cipta telah diumumkan dalam satu majlis yang diadakan di Center Atrium E@Curve, Damansara, di sini.

Artikel Berikut

Artikel Lain