suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amy Winehouse Puas Hati Hasil Pembedahan Payudara

PENYANYI Amy Winehouse memang tidak pernah berhenti dari dilaporkan dengan berita-berita sensasi.

Terbaru, dia dikatakan melakukan aksi yang dianggap sangat menjijikkan iaitu mempamerkan bahagian dada kepada rakan-rakannya.

Dia yang baru sahaja melakukan pembedahan ke atas payudara untuk kelihatan lebih berisi dan seksi. Selain itu juga, dia yang berpuas hati dengan hasil pembedahan tersebut, menunjukkan kesan-kesan pembedahan kepada rakan-rakan terdekatnya.

Perkara itu dilakukan ketika dia menghadiri acara di sebuah kelab malam di London pada Rabu lalu.

Ketika itu juga, Amy yang hadir ditemani kekasihnya, Reg Traviss telah menggunakan pakaian berwarna hitam dengan memperlihatkan belahan dada.

Dia kelihatan sangat yakin dengan penampilan barunya itu. Bagaimanapun, ramai daripada rakan-rakannya menganggap perkara itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan, malah sangat menjijikkan.

Amy yang sememangnya dikenali sebagai artis bermasalah ini baru saja heboh tentang pertengkaran antara dia dan penyanyi, Mischa Barton. Kedua-duanya dikatakan bertengkar di sebuah kelab malam ketika sedang mabuk.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ahmad Tarmizi Juara AQ4

Artikel Lain