suria

Ahmad Tarmizi Juara AQ4

Ahmad Tirmizi Ali Juara Akademi Al-Quran musim ke 4
Ahmad Tirmizi Ali Juara Akademi Al-Quran musim ke 4
Ahmad Tirmizi Ali Juara Akademi Al-Quran musim ke 4

PUTRAJAYA:Ahmad Tarmizi Ali, 25, muncul juara pertandingan akhir program realiti terbitan TV9, Akademi al-Quran (AQ) musim keempat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Jumaat.

Kemenangan itu membolehkan beliau memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, trofi tajaan ZRA Glocal, pakej menunaikan umrah tajaan Irna Yakin Travel & Tours dan sebuah Al-Quran digital sumbangan ENMAC.

Beliau yang ditemui di sidang media menzahirkan rasa terharu dan terkejut atas kemenangan yang tidak diduga itu.

"Melangkah masuk ke peringkat akhir sahaja sudah bersyukur, ini kerana saingan sangat sengit. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

"Bagaimanapun, saya bersyukur atas rezeki kemenangan ini dan Insyaallah, saya akan membawa ilmu yang saya pelajari di sini kepada masyarakat luar," katanya.

Naib johan pula dimenangi Muhamad Ahmad Zahid , 15. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.

Sementara itu, Yahya Ali, 23, memenangi tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Hadiah para pemenang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejor Jeneral(B), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin.

Seorang lagi finalis yang bertanding pada peringkat akhir AQ dan memenangi tempat keempat ialah Husni Ali Hassan, 25 dengan membawa pulang wang tunai RM2,000.

Kemuncak AQ akan dihoskan oleh juara Gadis Melayu musim pertama, Aida bersama Ustaz Mohd. Zamri Zainuldin serta naib juara AQ, Sharifah Khasif Fadzilah.

AQ merupakan program realiti TV tempatan pertama yang memerlukan peserta memperdengarkan bacaan al-Quran mengikut kaedah tertentu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain