suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yassin Dibebas Dengan Jaminan Polis

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Senario, Yassin Yahya,32, dan dua rakannya yang ditahan selepas dipercayai positif dadah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir kepada Bernama berkata mereka dibebaskan pada pukul 4.30 petang, Selasa selepas keterangan diambil.

"Bagaimanapun kita masih menunggu keputusan ujian air kencing ketiga-tiga mereka dari pihak hospital dan siasatan akan terus dijalankan," katanya.

Pelawak berusia 32 tahun dan dua rakannya itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid, Subang Jaya pada awal pagi Ahad lepas.

Hasil pemeriksaan ujian air kencing mendapati pelawak tersebut positif dadah jenis ganja manakala dua rakannya iaitu seorang pengurus artis dan seorang peniaga positif dadah jenis ketamin.

Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Lain