suria

Anak Anang Mahu Jadi Penyanyi

DALAM waktu dekat anak pertama pasangan Anang dan Krisdayanti, Aurel akan mengeluarkan single pertamanya.

Namun, kerana masih baru dalam bidang nyanyian, gadis yang bernama penuh Titania Aurelie Nurhermansyah ini akan berduet dengan ayahnya Anang.

Berita ini disampaikan Anang ketika dia mendampingi Aurel menyanyikan lagu Timang-Timang di atas pentas Indonesian Idol 2010 di Jakarta, Ahad.

Bagi Aurel, ini adalah pengalaman pertama menyanyi di atas pentas besar.

"Sebenarnya Aurel tidak mahu datang, kalau tidak ditemani aku,” ujar Syahrini selepas mereka menyanyi bersama Aurel dan Anang di pentas tersebut.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Anak diva pop, Krisdayanti dan pemuzik Anang Hermansyah ini, juga akhirnya bersedia mengikuti jejak kedua-dua orang tuanya yang berkecimpung dalam dunia seni.

Artikel Sebelum

Yassin Ditahan Reman 3 Tiga Hari

Artikel Berikut

Artikel Lain