suria

David Teo Anggap Pemimpin PFM Kurang Ajar

David Teo. - Foto THE STAR Oleh ALIF FARHAN BADRUL HIDZAM
David Teo. - Foto THE STAR Oleh ALIF FARHAN BADRUL HIDZAM
David Teo. - Foto THE STAR Oleh ALIF FARHAN BADRUL HIDZAM

PETALING JAYA: Penerbit filem David Teo, Khamis menempelak pemimpin Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan menganggap mereka sebagai kurang ajar kerana membelakangkan ahli dalam membuat sebarang keputusan.

David berkata, dia berasa amat sedih apabila presiden persatuan itu, Ahmad Puad Onah dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PFM yang lain cuba “main kotor” untuk menyingkirkannya bersama Ahmad Idham sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

“Saya berasa amat kecewa dan sedih dengan permainan kotor mereka. Sebagai ahli persatuan FDM, saya tidak dipanggil untuk terlibat dalam setiap keputusan yang hendak mereka lakukan,” katanya.

David diminta mengulas kemelut yang melanda di antara dia dengan persatuan filem itu apabila pihak mereka mengadakan sidang akhbar Selasa lalu untuk menuntut David dan Ahmad Idham berundur dari memegang jawatan di dalam Finas.

Keputusan itu diambil selepas FDM mendapati surat bantahan yang dihantar bertarikh 14 April lalu kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Datuk Seri Dr. Rais Yatim tidak mendapat sebarang jawapan.

Kata David, atas sikap tidak profesional Ahmad Puad dan orang-orangnya, David meminta persatuan itu mengadakan mesyuarat agung tergempar kerana dia mahu melakukan undi tidak percaya bagi menyingkirkan Ahmad Puad.

Ujar David, kepimpinan FDM sekarang adalah seperti budak-budak dan tidak matang dalam membuat sesuatu keputusan.

Malah dakwa David, tindakan pemimpin persatuan itu untuk menyingkirkannya dan Ahmad Idham di dalam Finas mempunyai maksud tersirat yang tidak diketahui oleh orang lain.

Kata David, selama tiga tahun berada di dalam perbadanan itu dia tiada ada sesuatu masalah pun ditimbulkan tetapi kenapa ketika Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim akan tamat kontrak pada Ogos ini, masalah berkenaan dibangkitkan.

“Jika mereka kata saya ada agenda apabila dilantik sebagai ahli perbadanan itu, saya ingin jelaskan di sini pihak terbabit juga mempunyai maksud tersirat yang saya tidak boleh dedahkan,” katanya.

Ujar David, langkah yang paling tepat ialah melakukan undi tidak percaya kepada semua pemimpin FDM sebagai satu cara untuk “mengajar” mereka yang dianggapnya sebagai biadab itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain