suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cecilia Cheung Kembali Berlakon

Cecilia Cheung. - Foto AP
Cecilia Cheung. - Foto AP
Cecilia Cheung. - Foto AP

PELAKON Hong Kong, Cecilia Cheung, 30, telah mengesahkan untuk kembali ke industri hiburan selepas menangguhkan kerjayanya selama empat tahun kerana perkahwinan, kelahiran dan terlibat dalam skandal seks.

Sebagai permulaannya, dia akan tampil dalam filem CJ7: The Cartoon arahan pengarah Yee Tung-Shing.

Berbicara tentang perancangan masa depannya semasa tayangan perdana filem tersebut, Selasa, Cecilia berkata, dia akan membuat yang terbaik dan berserah kepada Tuhan.

"Saya tidak terburu-buru untuk mencapai tujuan tertentu, sekarang saya percaya takdir menentukan banyak perkara," katanya kepada sebuah media.

Dalam tempoh empat tahun lalu, aktres jelita itu hanya menjaga anak-anaknya, Lucas, 4, dan Quintus yang berusia dua bulan di rumah.

Artikel Sebelum

Seniman Harap Bantuan

Artikel Berikut

Artikel Lain