Benarkah Lawak Senario Sudah Basi? - Hiburan | mStar

Benarkah Lawak Senario Sudah Basi?

MUNGKIN ramai yang berpendapat lawak-lawak yang dibawa oleh ahli kumpulan Senario semakin tidak menyengat berbanding 10 tahun lalu.

Dalam erti kata lain lawak kumpulan itu boleh dianggap sudah basi dan ketinggalan zaman.

Senario juga dilihat gagal melakukan perubahan dalam lawak-lawak mereka.

Namun bagi anggota kumpulan itu, Azlee dan Mazlan, lawak mereka masih lagi releven dan diterima oleh peminat-peminat Senario.

Malah filem terbaru Senario The Movie Episod 2:Beach Boys berjaya mendapat kutipan pecah panggung RM3.3 Juta.

"Kita berlakon ikut skrip yang diberikan, jika ada sepuluh skrip mungkin satu daripadanya ada yang tidak kelakar tapi pada saya sebagai pelawak, kami sudah buat yang terbaik.

"Setiap perkara pun lama-kelamaan orang akan bosan. Kita tidak boleh kawal apa yang orang suka atau tidak suka dan saya pasti Senario sendiri akan ada pelapis.

"Selama mana kami boleh pergi, peminat yang tentukan namun begitu saya harap nama Senario akan menjadi lagenda sebagai kumpulan lawak nombor satu negara," jelas Azley.

Dalam pada itu, Mazlan turut menyifatkan hubungan baik antara anggota Senario menjadikan mereka kekal sehingga kini.

"Memang sukar untuk kekalkan hubungan dalam kumpulan, banyak kumpulan yang kita lihat sekarang ini tidak kekal lama.

"Apa yang kami lakukan ialah anggap hubungan kami sebagai adik beradik. Namun demikian kami bersama atas dasar kerja selain untuk mencari rezeki semata-mata bukan kerana mengejar populariti," jelasnya.

Dalam pada itu mengulas tentang watak untuk filem terbaru Ops Pocot , Mazlan yang bakal membawakan watak seorang penakut menganggap ia agak mencabar.

"Watak kali ini berlainan daripada filem-filem sebelum ini. Saya terpaksa menjiwai watak seorang yang penakut sehingga menyusahkan orang lain," katanya.

Manakala Azley bakal membawakan watak lelaki lembut, biarpun kelihatan mudah namun baginya untuk menghidupkan unsur lawak yang lain daripada lain adalah satu cabaran.

"Watak lelaki lembut sudah biasa kita jadikan bahan lawak namun untuk beri kelainan saya akan membuatkan dia lebih gila," kata Azley yang berharap filem tersebut juga mencecah kutipan pecah panggung.

Filem yang diarahkan oleh Ismail Bob Hasim ini dijangka ditayangkan pada awal tahun hadapan.

Artikel Sebelum

Astro & Endemol Jalin Kerjasama

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain