Aida & Joe Radzwill Tinggal Serumah, Tidur Asing

Aida Radzwill hadir pada sebutan kedua tuntutan fasakh cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI
Aida Radzwill hadir pada sebutan kedua tuntutan fasakh cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI
Aida Radzwill hadir pada sebutan kedua tuntutan fasakh cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI

SEBELUM membuat keputusan untuk memohon fasakh, dramatis terkenal Aida Rahim atau dikenali sebagai Aida Radzwill melakukan solat Istiharah sebelum membuat keputusan menuntut cerai.

Akhirnya, dia nekad untuk bercerai dengan suaminya, pelakon dan penyanyi Joe Radzwill pada 27 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Bagaimanapun, pelakon drama Sanggar Cinta Raudhah itu mengakui masih tinggal sebumbung dengan suaminya itu tetapi tidur berasingan.

Malah sejak akhir-akhir ini, dia kerap menerima tawaran kerja melibatkan penggambaran luar dari Kuala Lumpur.

“Tiga bulan setengah lalu, saya menjalani penggambaran di Kota Bharu, Kelantan dan sepanjang tahun ini saya selalu mengambil tawaran luar dari Kuala Lumpur,” katanya di luar mahkamah sewaktu meghadiri sebutan kedua kes tersebut di mahkamah itu semalam.

Dalam pada itu, Joe dalam temubual berasingan mengaku dia dan Aida sebenarnya mempunyai masalah dalam rumah tangga. Namun dia berhasrat untuk menyelesaikan masalah tersebut sendiri tanpa dirujuk ke mahkamah.

Ini kerana dia terkejut dan tidak mengetahui apa-apa tentang tuntutan cerai fasakh yang dimohon oleh isterinya itu.

“Saya rasa tak adil kerana dia merancang perkara ini (tuntutan fasakh) tanpa pengetahuan saya. Dia langsung tidak berbincang dengan saya.

“Jadi, saya tidak sempat berbuat apa-apa,” jelasnya dalam nada terkilan.

Hakim Syarie Mohamad Yusri Kassim menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan semula bagi membolehkan plaintif memfailkan jawapan.

Pada 3 September 2009 pasangan itu mengesahkan pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Pasangan itu bernikah di Yala, selatan Thailand pada 6 November 2002. Mereka tidak dikurniakan anak sepanjang perkahwinan mereka bagaimanapun masing-masing mempunyai cahaya mata bersama bekas pasangan terdulu.

Artikel Sebelum

Pelawak Halang Apek "Bersara"

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain