suria

Cheryl Cole Berpacaran Dengan Derek Hough

Pelakon, Derek Hough hadir ke tayangan perdana filem Clash of the Titans di Hollywood, California pada 31 Mac 2010. - Foto AFP

CHERYL Cole kini telah melupakan suaminya, Ashley Cole, bintang bola sepak Chelsea yang dikatakan telah berlaku curang terhadapnya.

Sebaliknya penyanyi terkenal itu sedang berpacaran dengan Derek Hough dan mereka dijangka akan tinggal bersama tidak lama lagi.

Ayah angkat Derek, Aaron Nelson mengesahkan perhubungan cinta mereka berdua.

"Ini adalah cinta sejati. Derek memberitahu saya dia bercinta dengannya dan saya percaya Cheryl turut berperasaan begitu. Cheryl ialah gadis idamannya," katanya kepada media.

Derek, 25, sedang sibuk mencari rumah selepas mendapat tawaran berlakon untuk filem Strictly Come Dancing .

Dia akan berada di Britain sekurang-kurangnya lima bulan ketika penggambaran filem dijalankan.

Sumber memberitahu Derek sedang mencari tempat tinggal baru untuk mereka di Britain dan Los Angeles.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain