Arjuna Taruhan Terbaru KRU Studios

Remy dan Nora merupakan antara pelakon Arjuna.
Remy dan Nora merupakan antara pelakon Arjuna.
Remy dan Nora merupakan antara pelakon Arjuna.

PERTAMA kali di TV3, drama bersiri epik fantasi Arjuna terbitan KRU Studios akan bertemu para penonton melalui slot Aksi mulai 31 Mei 2010, setiap hari Isnin pukul 9 malam.

Menggantikan drama bersiri sains fiksyen Jidin, Arjuna memaparkan pengembaraan alam mistik para pendekar sakti yang padat dengan aksi pertarungan hebat dan kuasa sakti yang dipersembahkan melalui teknik CGI yang canggih.

Arjuna membariskan para pelakon popular tanahair seperti Remy Ishak (Pemenang Pelakon Lelaki Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009), Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata, Komeng dan lain-lain. Drama bersiri tersebut diarahkan oleh Elmi Khalim dan penghasilan skrip oleh Fairul Nizam Abas dan Yuzaidania A. Shukor.

Menurut Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, TV3 sentiasa mengambil inisiatif baru dalam menghasilkan program TV yang menarik dan menghiburkan.

Istimewa buat tatapan jutaan peminat setia TV3, Arjuna ialah sebuah drama bersiri epik fantasi yang lengkap dengan aksi hebat, konflik, percintaan, komedi, barisan pelakon yang mantap juga persembahan visual CGI yang mengkagumkan.

"Dengan kerjasama KRU Studios, kami berharap agar Arjuna mampu meninggalkan impak besar kepada para penonton selain meraih kejayaan rating yang tinggi. Sebahagian besar penggambaran dijalankan di kawasan hutan seperti Ulu Langat, Pulau Indah, Ulu Yam dan Kemensah yang memerlukan pihak produksi untuk mereka dan menghasilkan set yang bersesuaian.”

“Para pelakon juga telah memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan persediaan seperti menguasai kemahiran bersilat dan bersedia dengan tahap fizikal yang tinggi bagi menjayakan lakonan babak-babak aksi yang merangkumi 50 peratus dalam drama tersebut,” tambah Nurul.

Kisahnya bermula apabila Pendita Dzulkarnain mewariskan permata Wilis dan Pedang Citra Dewata kepada anak muridnya Adipura dan keturunannya sahaja setelah Grakus dan Gempita berpaling tadah kepada dunia jahat.

Grakus dan Gempita terus memburu Adipura untuk merampas senjata sakti tersebut. Namun, Adipura sempat menyerahkan Permata Wilis kepada kedua-dua anaknya, Sutera dan Arjuna sebelum terbunuh dalam pertarungan. Arjuna dan Sutera diselamatkan oleh adik Adipura, Cintasari.

Arjuna diserahkan kepada Saha, seorang nelayan yang baru kehilangan anak di Kampung Bayu Samudera manakala jejak adiknya tidak diketahui.

Selepas 18 tahun, Arjuna telah membesar sebagai seorang jejaka yang tampan, bersopan santun dan menggemari silat. Dalam suatu insiden, Arjuna secara tidak sengaja telah menggunakan kuasanya di hadapan orang kampong. Maka, Pendita Dzulkarnain dan Grakus sedar akan waris Adipura dan Permata Wilis telah ditemui. Masing-masing telah menghantar pengikutnya untuk mendapatkan Arjuna.

Keluarga angkat Arjuna terbunuh manakala Arjuna telah mengikut Satria Aduka dan Suria ke Kampung Rembang selepas diberitahu asal usulnya. Arjuna berkenalan dengan isteri dan anak Satria Aduka, Mak Bunga dan Sutera. Tanpa mengetahui bahawa Arjuna dan Sutera ialah adik beradik kandung, mereka menjadi sangat rapat dan mesra. Arjuna telah belajar ilmu dan hikmat untuk meningkatkan kesaktiannya.

Arjuna juga berkenalan dengan Satria Aduka, Suria dan Jati yang pakar dalam ilmu ubat-ubatan dan penciptaan.

Rombongan Pendekar membuat persediaan untuk ke Bandar DiRaja untuk bertemu dengan Pendita Dzulkarnain. Di sana, Arjuna akan bertemu dengan Pendita Dzulkarnain dan cucunya, Cempaka.

Bersediakah Arjuna menjadi seorang pendekar sakti yang ditakdirkan untuk menjadi waris kepada Pedang Citra Dewata? Pertarungan Arjuna dan Gempita merupakan kemuncak yang pasti menggemparkan dalam siri drama ini.

Kepada penonton di rumah yang ingin mengenali dan mendalami watak-watak Arjuna, mereka boleh melayari laman web Arjuna di www.tv3.com.my/arjuna. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Arjuna bermula 31 Mei 2010, setiap hari Isnin, jam 9 malam di slot Aksi, eksklusif di TV3.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain