suria

Bikini Gadis Bond 'Dr No' Kekal Terseksi Sepanjang Zaman

URSULA Andress yang kini berusia 74 tahun masih dikenang dengan keseksiannya. Lakonan Ursula ketika berbikini dalam filem James Bond berjudul Dr No terpilih sebagai adegan filem berbikini terseksi sepanjang zaman.

Dalam filem yang diterbitkan pada 1962 itu, Ursula berdiri di depan pantai dengan mengenakan bikini putih 2 piece serta rambut yang basah.

Menurut akhbar the toronto sun, Ursula mendapat penghargaan itu menerusi undian 2,060 orang tentang 10 saat berbikini terbaik sepanjang zaman yang berlangsung di Britain.

Selain Ursula, gadis Bond lainnya iaitu Halle Berry juga termasuk dalam 10 teratas. Halle mendapat tempat kelima terseksi menerusi filem James Bond berjudul Die Another Day. Dalam filem itu, Halle mengenakan bikini berwarna terang.

Sementara tempat kedua disandang oleh Raquel Welch dengan bikini bulu dalam filem One Million Year. Kedudukan ketiga disandang oleh Bo derek dengan bikini warna keemasan. Diikuti bintang Charlie's Angel mendiang Farrah Fawcett berada di tempat keempat.

Sementara si seksi Angelina Jolie hanya berada di kedudukan keenam. Pamela Anderson, Demi Moore, Myleene Klass dan Dame Helen Mirren turut tersenarai dalam kedudukan 10 teratas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain