suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie Keguguran?

AKTRES Angelina Jolie dikhabarkan mengalami keguguran dan kini pasangan hidup Brad Pitt itu cemas kerana tidak boleh hamil lagi. Sedangkan bintang filem Salt itu terlalu inginkan mempunyai anak lagi.

Menurut allheadlinenews.com semalam, hubungan Jolie dan Pitt kini sedang dalam masalah. Jolie masih tidak pulih dari kesedihannya setelah keguguran pada awal tahun ini.

"Setelah keguguran, sekarang dia cemas sekiranya tidak boleh hamil lagi," kata salah seorang sumber terdekat dengan Jolie.

Pasangan Jolie-Pitt mempunyai enam orang anak yang terdiri dari tiga anak kandung dan tiga anak angkat.

Sebelum ini pasangan paling terkenal di Hollywood itu dikhabarkan akan segera bernikah tapi sehingga kini isu tersebut masih belum terjawab.

Pasangan yang popular dengan gelaran Brangelina itu selalu menyatakan keinginan untuk memiliki keluarga besar. Jolie sangat teringin memberikan anak kandung keempat untuk Pitt setelah melahirkan Shiloh dan si kembar.

Kini setelah keguguran, Jolie berusaha untuk kembali hamil. Dia mengubah pola makannya dan tidak mahu makan makanan segera lagi. Wanita berusia 35 tahun itu juga meminta Pitt berhenti dari minum minuman alkohol.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain