AKTOR British, Robert Pattinson sukar memahami wanita, kata Ashley Greene, bintang gandingannya dalam filem Twilight.
Greene menegaskan bintang Harry Potter and The Goblet of Fire yang memegang watak Cedric Diggory itu sering kebingungan apabila mendapat perhatian daripada wanita.
"Dia tidak memahami wanita. Dia mendapat banyak perhatian daripada wanita. Dia tidak memahaminya kerana dia hanya seorang lelaki dalam filem Harry Potter sebelum berlakon dalam filem Twilight," katanya.
Ditanya sama ada dia jatuh cinta kepada Pattinson, katanya: "Apabila saya menemui Rob, saya tidak berfikir dua kali tentangnya. Dia sangat menarik, tetapi keserasian itu tidak wujud."


