suria

Jennifer Aniston Pamer Tubuh Cantik Dalam Iklan

Jennifer Aniston ketika menghadiri tayangan filem The Bounty Hunter di Berlin pada 29 Mac 2010. - Foto AFP

JENNIFER Aniston mempamerkan tubuhnya yang cantik dalam satu iklan baru untuk Smart Water.

Aktres berusia 41 tahun itu memakai coli sukan dan seluar pendek ketat.

"Bersukan membolehkan saya berasa hebat... Itulah sebabnya saya minum Smart," katanya kepada media.

Bekas bintang filem yang menempa nama melalui siri popular TV, Friends itu berjoging dan berlatih yoga untuk mengekalkan bentuk badannya yang mantap.

Aniston menafikan dia menggunakan diet bayi untuk mengurangkan berat badan.

Dia juga menyangkal dakwaan bahawa dia menggunakan Botox untuk mengatasi kerut pada wajahnya.

Artikel Berikut

Ajai Cari Pelapis

Artikel Lain