suria

Di Sebalik Pembikinan Diari Amber Chia

Amber Chia berjabat tangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Creative Republic, Esther Tan (kiri) dan Produser Eksekutif, Filmbase, Jennifer Monteiro untuk menghasilkan program realiti Diari Amber Chia. - Foto THE STAR Oleh MUNIRAH MUZAMER

NAMPAKNYA dunia peragaan fesyen dan model antarabangsa Amber Chia tidak boleh dipisahkan.

Walaupun disahkan hamil tiga bulan, Amber tidak bercadang berehat dari dunia penuh glamor tersebut.

Malah dia akan muncul di kaca televisyen menerusi program realiti The Diary of Amber Chia yang akan ditayangkan pada Julai ataupun Ogos ini.

"Sebagai wanita berkahwin dan hamil sekarang, pangkalan penyokong telah bertambah dan kerja saya boleh dikembangkan kepada pelbagai kategori dan jenama yang sebelum ini tidak berkaitan dengan saya.

"Saya begitu teruja kerana saya akan bertukar daripada supermodel ke supermom!" katanya pada sidang akhbar tentang program realiti tersebut baru-baru ini.

Untuk memastikan program realiti itu berjaya, Amber telah bekerjasama dengan agensi komunikasi, Creative Republic dan syarikat produksi filem, Filmbase.

Creative Republic memegang hak eksklusif sebagai agensi pengiklanan serta pemasaran.

Filmbase pula akan menghasilkan 13 episod program realiti tersebut. Setiap episod memakan masa 30 minit.

Dengan kerjasama tersebut jelasnya, dia boleh mempergunakan bakat dan pengalaman profesional dalam bidang komunikasi serta produksi filem.

"Pucuk pimpinan kedua-dua syarikat tersebut juga akan bertindak sebagai rakan kongsi, perunding dan pencipta bersama untuk imej serta pertunjukan fesyen saya," kata Amber.

Bagi Creative Republic, tugasan pertama adalah berfungsi sebagai kumpulan pemikir jenama Amber yang membuat penyelidikan, penstrategian semula serta penjenamaan semula.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Esther Tan berkata, tugasan kedua adalah memasarkan program realiti tersebut kepada pihak korporat serta penaja jenama.

"Ketiganya, pihaknya akan menjalankan tanggungjawab mereka cipta iklan di suratkhabar, televisyen dan dalam talian untuk penaja The Diary of Amber Chia," katanya.

Sementara itu, Produser Eksekutif, Filmbase, Jennifer Monteiro menjanjikan program realiti tersebut akan menonjolkan suatu kelainan kepada para penonton.

"Apa yang berlaku dalam kehidupan hariannya dan di rumah? Ia pastinya memberikan kejutan dari episod ke episod," ujarnya.

Sekiranya mendapat sambutan menggalakkan daripada penaja, bilangan episod mungkin ditambah.

Penaja yang berminat boleh menghubungi Esther Tan dari Creative Republic di talian 03-7728 9998 atau emel [email protected] .

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain