suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Mei Jadi Platform Fiq Bangkit Bersuara

MENYEBUT tentang peristiwa 13 Mei, sudah pasti menjadi satu momen yang akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia dikala pada waktu ini, rusuhan kaum melanda seluruh pelusuk tanah air dan memberikan kesan yang besar dari segi ekonomi, susila dan emosi secara keseluruhan.

Peristiwa 40 tahun dahulu sudah pastinya memberikan pengajaran yang besar kepada semua dalam konteks menghargai dan menghormati di antara satu sama lain.

Berbeza dengan Fiq, atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Bin Abdul Halim, 13 Mei bukan hanya mengingatkan dia mengenai peristiwa hitam yang melanda bumi bertuah ini, bahkan menjadi platform untuk dia bangkit bersuara bagi menyampaikan mesej positif kepada umum.

Kelahiran album Diagnosa membawakan mesej sarat mengenai cinta yang luhur. Konsep kecintaan bukan hanya berteras sesama manusia semata, bahkan kepada Tuhan, alam mahu apa jua yang memberikan impak positif kepada umat sejagat.

Dengan lahirnya masterpiece baru daripada Fiq, menjadi bukti tentang cerita cintanya kepada keamanan dan kesejahteraan.

Tanggal 13 Mei 2010, diharap dapat merubah stigma 40 tahun lampau seiring dengan kemajuan yang dikecapi Malaysia kini, menjadi satu medium untuk sama-sama mengingati, merenung dan menghargai cinta yang sudah sebati dalam diri setiap satu dari kita. Diagnosa, 13 Mei 2010 daripada Fiq.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain