suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara tanggal butang jeans, Akshay Kumar ditangkap

Akshay Kumar
Akshay Kumar
Akshay Kumar

BINTANG filem, Akshay Kumar ditangkap polis pada Isnin sebelah pagi berhubung dengan tingkah laku menjelikkan di tempat awam semasa Minggu Fesyen Lakme India (LIFW), baru-baru ini.

"Kami menangkapnya (Akshay Kumar) di bawah Indian Penal Code Section 294 yang berkait rapat dengan tingkah laku lucah atau mengejutkan di tempat awam.

"Oleh kerana ia merupakan kesalahan yang boleh dijamin, dia dibebaskan selepas diikat jamin," kata Assistant Commissioner of Police (ACP), Arvind Mahabadhi.

Semasa LIFW pada awal April, Akshay telah menanggalkan butang jeans semasa berjalan di tanjakan / pentas atas permintaan isterinya, Twinkle Khanna.

Tindakan bintang tersebut telah mengundang protes daripada banyak individu yang mengadu Akshay telah melakukan perbuatan kurang bermoral di tempat awam.

ACP Mahabadhi berkata, kes tersebut akan disiasat lanjut dan keputusan pendakwaan terhadap Akshay akan berdasarkan hasil siasatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain