suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cameron Diaz malu ditinggalkan Paul Sculfor

Cameron Diaz
Cameron Diaz
Cameron Diaz

CAMERON Diaz nampaknya berasa sangat malu ditinggalkan model Paul Sculfor yang berpacaran dengannya untuk hampir setahun, baru-baru ini.

Punca utama di sebalik perpisahan tersebut adalah keengganannya untuk berpindah dari Hollywood ke United Kingdom, menurut laporan media.

Seorang kawan memberitahu: "Paul dan Cam sangat mengasihi masing-masing malah bersedia berkahwin. Bagaimanapun, Paul tidak mendapat tawaran modeling yang secukupnya di Amerika Syarikat.

"Dia sedar dia perlu mencari peluang mendapatkan tawaran peragaan di Britain. Mereka gagal menyelesaikan isu tersebut," katanya.

Ekoran gagal memenangi hati Diaz, 33, Sculfor telah membawa selebriti itu melawat ibu bapanya di Hornchurch.

Diaz bagaimanapun, enggan berpindah dari rumah mewahnya di Los Angeles.

Satu sumber menceritakan: "Cameron percaya dia boleh mendapatkan apa-apa sahaja. Namun, bagi Sculfor, tindakan tunduk kepada Cameron adalah tidak berbaloi."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain