suria

Amitabh sudah lama teringin hendak jadi wartawan

Amitabh Bachchan
Amitabh Bachchan
Amitabh Bachchan

AGAK janggal apabila bintang popular Bollywood, Amitabh Bachchan, melahirkan hasratnya ingin menjadi wartawan sedangkan umum mengetahui dia tidak suka kepada media.

"Saya ingin menjadi wartawan. Hakikatnya, saya menyatakan demikian dalam temuramah yang saya berikan pada 1970-an.

"Saya telah beberapa kali menyatakan saya berminat menjadi wartawan dalam kehidupan saya selepas ini," Amitabh bercakap demikian kepada pemberita di New Delhi.

"Saya sedar impian saya itu sukar dicapai lebih-lebih lagi, kadang-kala hati nurani tidak sepadan dengan realiti. Ketika itu, saya benar-benar ingin balik ke rumah, menyembunyikan diri dan membuat keputusan," tambahnya.

Pelakon berusia 66 itu telah mengecam media dan wartawan sejak 2008 dalam blognya, www.bigb.bigadda.com.

Amitabh berada di ibu negara India untuk mempromosikan filem "Rahn" mengenai media India. Dia memainkan peranan sebagai ketua unit saluran berita 24-jam.

Filem "Rann" juga mempunyai barisan pelakon seperti Paresh Rawal dan Reitesh Deshmukh yang memainkan watak utama.

Artikel Lain