suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Allison tersingkir, 3 finalis 'American Idol' lelaki

Allison Iraheta
Allison Iraheta
Allison Iraheta

UNTUK pertama kalinya dalam sejarah "American Idol", tiga peserta akhir adalah lelaki.

Allison Iraheta, satu-satunya peserta wanita dalam Season 8, telah tersingkir dalam pertandingan pada hari Rabu lepas.

Dan minggu depan, peminat program ini terpaksa menerima hakikat ketiadaan peserta wanita.

"Allison meninggalkan rancangan ini...dan tiga peserta lelaki," jelas hos rancangan Ryan Seacrest ketika mengumumkan penyingkiran Allison.

Sejurus itu, Allison pula berpura-pura menjerit "Noooooo!" sebelum tersenyum dan memeluk tiga finalis Danny Gokey, Kris Allen dan Adam Lambert.

Tiga peserta lelaki akan balik ke kampung halaman mereka masing-masing untuk episod minggud epan, sebagai meneruskan tradisi "Idol".

Sungguhpun teruja hendak pulang ke tempat masing-masing, debaran konsert bertambah panas apabila mereka terpaksa meneruskan satu lagi tradisi - menyanyikan satu lagu pilihan juri.

Artikel Lain