suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Conor McGregor hantar gambar bogel, ugut Azealia Banks simpan rahsia

Azealia dakwa McGregor hantar foto lucah.

PENYANYI rap Azealia Banks, mengejutkan ramai apabila mendakwa menerima foto bogel daripada bintang seni bela diri campuran (MMA), Conor McGregor.

Menurut Azealia, 34, gambar-gambar itu dihantar melalui mesej peribadi (DM), termasuk dua gambar 'mirror selfie' atlet berkenaan tanpa seurat benang. 

Salah satu gambar itu memperlihatkan McGregor sedang mengangkat dumbbell dalam keadaan berbogel.

Azealia anggap perbuatan McGregor sebagai gangguan seksual.

Lebih mengejutkan, Azealia mendakwa McGregor turut mengugutnya agar tidak mendedahkan perkara itu kepada umum.

Walaupun mengakui pernah bertukar gambar bogel dengan McGregor sejak tahun 2016, Azealia menegaskan bahawa tindakannya itu merupakan bentuk gangguan seksual yang tidak wajar.

Dakwaan tersebut dikongsi oleh Azealia menerusi hantaran di aplikasi X pada hari Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bebe Rexha kena ‘body shaming’, nasihat Azealia Banks jumpa pakar psikiatri

ARTIKEL BERKAITAN: Azealia Banks cari fasal, gelar Indonesia tempat sampah dunia

Hantaran itu kemudiannya dipadam kerana didapati melanggar garis panduan media sosial tersebut.

McGregor bagaimanapun masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai dakwaan itu. 

Dia dilihat ahanya memuat naik hantaran ringkas sempena hari lahirnya tanpa mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain