suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raffi Ahmad ucap syukur Ruben Onsu peluk Islam, doa kuat jalani hidup sebagai seorang Muslim

Raffi Ahmad syukur Ruben peluk Islam.

PELAKON Raffi Ahmad meluahkan rasa syukur atas penghijrahan Ruben Onsu yang kini sudah memeluk agama Islam.

Kata Raffi atau Raffi Farid Ahmad, 38, dia akan memberikan sokongan penuh terhadap terhadap sahabatnya itu yang kini sudah bergelar seorang mualaf.

“Alhamdulillah, semoga Allah SWT sentiasa memberikan hidayah dan kekuatan untuk Ruben dalam menjalani hidup sebagai seorang Muslim,” kata Raffi dalam satu perkongsian di Instagram.

Raffi Ahmad beri sokongan penuh atas penghijrahan Ruben

Sebelum ini, Ruben mengumumkan keputusannya memeluk agama Islam pada hari kedua Syawal iaitu 1 April lalu.

Dalam pada itu, pelakon filem Rafarthar ini berharap agar sahabatnya itu sentiasa istiqamah dan terus bersemangat mempelajari Islam.

“Semoga berkat dan sentiasa baik perjalanan hidup yang baru dengan penuh kebaikan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruben Onsu berjaya hafal surah pendek selepas 2 hari peluk Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Miliki kekayaan hampir RM300 juta, atap rumah Raffi Ahmad bocor

Menerusi laporan media sebelum ini, Ruben memberitahu keputusannya memeluk Islam mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan sahabat.

Malah, dia sudah lama mahu dipertimbangkan perkara itu dan ia dilakukan bukan atas paksaan mana-mana pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain