suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sedang bercuti di Perancis, Lee Si Young umum penceraian dengan suami

Si Young sempat kongsi foto bercuti selepas tersebar berita dalam proses cerai.

SELEPAS lapan tahun berkahwin, pelakon Lee Si Young dan usahawan Cho Seong Hyun mengambil keputusan untuk bercerai.

Menurut agensi Si Young, 43, iaitu Ace Factory, pasangan ini sedang dalam proses memfailkan penceraian mereka selepas mencapai kata sepakat berhubung perpisahan mereka.

Si Young dalam proses cerai dengan suaminya.

"Mereka sedang dalam proses untuk bercerai selepas mencapai persetujuan berhubung perkara tersebut.

"Memandangkan ia adalah kehidupan peribadi aktres itu, sila faham bahawa sukar untuk menjawab soalan lain berhubung perkara ini," katanya menerusi kenyataan media pada Isnin.

Untuk rekod, Si Young berkahwin dengan Seong Hyun yang juga sembilan tahun lebih tua daripadanya pada tahun 2017 iaitu ketika karier lakonannya sedang di kemuncak. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Se Young nampak tak selesa dipeluk pelakon senior, netizen anggap itu gangguan seksual

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Si Young Tak Kahwin

Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Jo Jung Yoon yang kini berusia 7 tahun.

Sebelum berita penceraian itu tersebar, Si Young dilihat tenang dengan berkongsi foto sedang bercuti di Perancis menerusi hantaran di Instagramnya.

Malah menjengah ke Instastory aktres berkenaan, Si Young turut berkongsi fotonya sedang menikmati percutian seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsAppTelegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain