suria

Sudah biasa hidup berdikari, IU tolak warisi harta pusaka keluarga

IU menolak untuk terima harta milik ibu bapanya.

PENYANYI dan pelakon IU tidak berminat mewarisi harta pusaka milik ibu bapanya jika mereka ditakdirkan meninggal dunia suatu hari nanti.

Cerita IU atau Lee Ji Eun, 32, dia meminta bapanya mengecualikan namanya daripada wasiat dan menyerahkan semua harta kepada tiga adik-beradiknya yang lain.

IU enggan terima harta pusaka keluarganya.

"Saya bertanya bagaimana ibu dan bapa akan membahagikan harta pusaka, dan ayah memberitahu akan membahagikannya sama rata di antara kami empat beradik. 

"Saya minta dikecualikan dan bahagikan kepada tiga adik-beradik lain tanpa bahagian saya," katanya.

IU berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu untuk program Salon Drip 2 yang ditayangkan di YouTube TEO pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara pakai cincin di jari telunjuk, peminat dakwa IU dan Lee Jong Suk sudah berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Tabiat kunyah 150 kali sebelum telan bawa padah, gigi IU rosak teruk

Jelas IU, dia juga sudah terbiasa hidup berdikari dan kewangannya dimilikinya ketika ini juga sudah mencukupi.

"Saya sudah biasa hidup berdikari, terutama dari sudut kewangan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain