suria

Netizen Korea ugut boikot 18 jenama terkenal, desak gugur nama Kim Soo Hyun sebagai duta

Imej Soo Hyun kini tercalar selepas terbabit dengan kontroversi percintaan bawah umur.

SUSULAN kontroversi melibatkan pelakon Kim Soo Hyun, netizen menuntut 18 syarikat jenama berprofil tinggi di Korea Selatan menggugurkan nama aktor berkenaan sebagai duta.

Koreaboo melaporkan, sekiranya Soo Hyun terus mendapat sokongan daripada jenama-jenama tersebut mereka tidak teragak-agak memboikot barangan keluaran syarikat yang bekerjasama dengan pelakon tersebut. 

Dalam pada itu, netizen menganggap imej dibawa pelakon berkenaan dilihat tidak sejajar dengan nilai jenama termasuk dalam sektor kewangan yang perlu mengutamakan sikap boleh dipercayai. 

Netizen ugut mahu memboikot jenama yang bekerjasama dengan Soo Hyun.

Netizen ugut mahu memboikot jenama yang bekerjasama dengan Soo Hyun.

"Dia (Soo Hyun) banyak menghiasi ruang iklan, jika syarikat tidak menggugurkan Soo Hyun sebagai model, saya memboikot enggan membeli daripada mereka. 

"Mereka selalu mengatakan model syarikat sektor kewangan sipilih kerana imej boleh dipercayai dan disenangi, tetapi ini satu pengkhianatan besar," tulis netizen. 

Sepanjang pembabitannya dalam dunia hiburan, Soo Hyun telah dipilih menjadi model dan duta bagi jenama-jenama terkenal termasuk Swatch Group, Homeplus, Shinhan Bank, Jo Malone London, Prada dan Frombio.

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau tuduh Kim Soo Hyun jalin hubungan dengan mendiang Kim Sae Ron, agensi bakal ambil tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul foto cium pipi Kim Sae Ron, peminat panggil Kim Soo Hyun penipu

Sebelum ini, menerusi strim secara langsung di YouTube, Ga Se Yeon mendakwa Soo Hyun menjalin hubungan cinta dengan Kim Sae Ron selama enam tahun sejak mendiang aktres itu berusia 15 tahun.

Bagaimanapun, agensi pengurusan Soo Hyun iaitu Gold Medalist menafikan dakwaan itu dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran YouTube tersebut. 

Lebih mengejutkan rami, foto Soo Hyun mencium pipi Sae Ron juga tular di media sosial namun sekali lagi agensi aktor tersebut menafikan dakwaan itu.

Soo Hyun dipilih menjadi model bagi lebih 18 jenama terkenal di Korea Selatan.

Soo Hyun dipilih menjadi model bagi lebih 18 jenama terkenal di Korea Selatan.

Pada 16 Februari lalu, Sae Ron ditemukan sudah tidak bernyawa di rumahnya di Seongsu-dong, Korea Selatan. 

Aktres berusia 24 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 4.55 petang oleh rakannya yang merancang bertemu mendiang.

Balai Polis Seoul mengesahkan pihak mereka tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain