suria

Tiada masa punca Michael B. Jordan belum terfikir timang anak

Michael akui terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tidak bersedia menjadi bapa.

TIADA masa menjadi punca pelakon Michael B. Jordan menangguhkan rancangan memiliki cahaya mata.

Pada usia 38 tahun, Michael merasa belum mempunyai masa yang cukup untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

Baginya, menjadi seorang bapa bukan hanya tentang keinginan, tetapi memerlukan sepenuh perhatian dan komitmen.

Untitled design (6)

Michael pasang niat untuk menjadi bapa yang terbaik.

"Bagi saya, menjadi seorang bapa bukanlah sesuatu yang saya mahu lakukan dengan sambil lewa.

"Pada masa ini, saya lebih memberi tumpuan kepada kerjaya saya," katanya.

Dalam pada itu, pelakon Black Panther itu memasang niat untuk menjadi seorang bapa yang terbaik untuk anaknya suatu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Ferrari remuk teruk kemalangan, Michael B. Jordan tak alami sebarang kecederaan

ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West bukan derita gangguan bipolar, tunjuk gejala hidap autisme

Malah mengharapkan dapat bertemu dengan seseorang yang memahami dan mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan profesionalnya.

"Sifat berdaya saing saya membuatkan saya mahu menjadi ayah yang terbaik.

"Saya sangat fokus bekerja. Saya mahukan seseorang yang boleh menyesuaikan diri dengan gaya hidup saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain