suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

5 tahun tak muncul di khalayak, peminat serbu Zayn Malik sampai kaki kena gilis tayar

Zayn menunjukkan kesay tayar pada kasutnya.

KEMUNCULAN penyanyi Zayn Malik di acara pertunjukkan fesyen sebuah jenama di Paris baru-baru ini mencuri perhatian peminat.

Mana tidaknya, ia merupakan penampilan sulung Zayn, 31, selepas lima tahun tidak dilihat menghadiri sebarang acara secara terbuka.

Semestinya tetamu yang hadir termasuk rakan selebriti tidak mahu melepaskan peluang merakamkan gambar bersama bekas anggota kumpulan One Direction ini.

zayn malik 2

Hael sempat bergambar bersama Hael di Paris.

Antara yang dilihat merakamkan gambar bersama Zayn adalah penyanyi Malaysia iaitu Hael Husaini yang turut dijemput pada acara tersebut.

Selepas tamat acara, Zayn turut menjadi buruan ramai pengamal media yang mahu merakamkan wajahnya.

Dia juga cukup mesra melayan peminat yang sudah menunggu untuk merakamkan gambar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai topeng ketika memasak, netizen anggap Kanye West layan isteri macam hamba

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat fanatik ditahan selepas sebulan berkampung di hadapan rumah Taylor Swift

Bagaimanapun ada satu kejadian tidak diingin berlaku di mana kaki penyanyi ini secara tidak sengaja digilis oleh sebuah kenderaan yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.

Berkongsi kisah berkenaan, Zayn memaklumkan dia tidak mengamali sebarang kecederaan serius.

"Terima kasih atas pertunjukan yang hebat. Kaki saya baik-baik sahaja. Terima kasih kerana menciptakan kasut yang hebat ini," katanya menunjukkan kesan tayar pada kasut berwarna putih itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain