suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Dhani sudah hilang sabar, penganjur putar lagu ciptaannya tanpa izin berdepan tindakan

Ahmad Dhani memberi amaran keras kepada penganjur majlis.

PEMUZIK Ahmad Dhani dan Persatuan Komposer Seluruh Indonesia (Aksi) mengeluarkan amaran tegas kepada pihak penganjur acara hiburan untuk tidak lagi membawa atau memainkan lagu-lagu hasil karya ahli persatuan itu.

Jelas Ahmad Dhani, sekiranya pihak penganjur tetap melanggar amaran tersebut, dia dan ahli persatuan tidak teragak-agak melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Perkara tersebut dibuat adalah bagi memperjuangkan royalti bagi pencipta lagu yang bersusah payah menghasilkan karya.

dhani 1

Ahmad Dhani (kiri) ketika memaklumkan perkara tersebut.

"Kami akan memberikan surat teguran kepada penganjur di Indonesia yang menganjurkan konsert dengan menggunakan lagu-lagu daripada anggota Aksi tanpa izin.

"Kami akan laporkan perkara tersebut kepada pihak polis," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani kongsi foto cium Mulan Jamela, netizen dakwa ‘wayang’ tutup masalah rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani teruja bertemu Anwar Ibrahim, kapsyen ‘sama-sama pernah dipenjara’ curi tumpuan netizen

Menurut Ahmad Dhani, dia serius dengan perkara tersebut dan berjanji untuk mengambil tindakan sekiranya terdapat penganjur yang tidak mengendahkan amarannya itu.

"Semua penganjur yang menampilkan lagu daripada komposer yang sudah bergabung dengan Aksi, mereka semua harus minta izin. Kalau tidak ada surat dari Aksi, kami akan laporkan ke polis," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia