suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengarah drama ‘Layangan Putus’ mohon maaf, dapat tahu ramai wanita mula curiga takut suami curang

Lakonan mantap Reza Rahadian dan Putri Marino berjaya menyentuh emosi penonton.

DRAMA rantaian Layangan Putus dari Indonesia kini menjadi sebutan ramai sehingga trending di beberapa buah negara.

Menyentuh kisah curang dan pergolakan rumah tangga, drama lakonan mantap Putri Marino, Reza Rahadian dan Anya Geraldine ini berjaya menyentuh emosi ramai penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Reza Rahadian terkejut nama trending selepas kongsi perjalanan jadi mualaf

Sedar akan respons yang diberikan, pengarah drama tersebut iaitu Bennie Setiawan memohon maaf jika ada yang merasa benci dan marah dengan watak Aris lakonan Reza dan Lydia (Anya).

“Saya mohon maaf kepada wanita di seluruh Indonesia yang naik darah kerana watak Aris dan Lydia.

“Disebabkan sikap Aris yang curang, ramai isteri yang mula memeriksa telefon bimbit suami. Saya yakin suami anda bukan begitu.” ujar Benni.

benni 22

Benni memuji lakonan Putri Marino yang memberikan gambaran berbeza dalam hidup wanita

Sementara itu Benni turut memuji lakonan Putri Marino sebagai Kinan yang banyak memberi inspirasi kepada wanita.

“Kinan menggambarkan seorang wanita yang tidak menerima sesuatu keadaan begitu sahaja. Dia lembut, cerdas, kuat, ada strategi dan tidak bertindak sebarangan.

“Watak Kinan yang tidak hanya menangis mungkin membuatkan ramai wanita terinspirasi,” ujarnya.

Layangan Putus boleh ditonton menerusi aplikasi pensrtiman digital. LIPUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain