suria

Nicole Kidman seronok jadi ibu, simpan impian mahu anak ramai

Nicole bersama dua orang anaknya, Sunday dan Faith.

PELAKON Nicole Kidman mengakui dia mempunyai impian untuk memiliki keluarga yang besar dengan anak yang ramai.

Biarpun hanya mempunyai empat cahaya mata, namun Nicole tetap bersyukur kerana dapat menjadi ibu kepada anak serta cucu saudara.

"Saya berharap yang saya mempunyai lebih ramai anak tapi saya tidak diberikan pilihan itu. Tapi tak apa, saya dapat jadi ibu kepada anak lain.

"Saya ada enam orang anak saudara perempuan dan lelaki serta saya juga nenek kepada 12 orang cucu. Saya suka menjadi seorang ibu.

"Saya suka anak-anak dan mereka sangat kelakar serta penuh kasih sayang. Awak dapat melihat mereka membesar," kata Nicole.

Untuk rekod, Nicole mempunyai dua cahaya mata iaitu Sunday, 13, dan Faith, 10 bersama Keith Urban.

Manakala dua lagi anak iaitu Connor Cruise dan Isabella “Bella” Kidman Cruise bersama bekas suaminya, aktor Tom Cruise.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain