suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jeongyeon (TWICE) alami kemurungan, direhatkan buat sementara waktu

jeongyeon

AHLI kumpulan TWICE iaitu Jeongyeon dimaklumkan kini berdepan dengan masalah kemurungan dan serangan panik.

Memetik laporan Soompi, JYP Entertaiment memberitahu pihak mereka akan menyusun semula jadual aktiviti seni Jeongyeon memandangkan penyanyi itu memerlukan rawatan.

"Kami ingin maklumkan bahawa ahli TWICE iaitu Jeongyeon kini berdepan dengan masalah kesihatan. Jeongyeon mengalami masalah kemurungan dan serangan panik.

"Bagaimanapun, Jeongyeon perlu menyusun semula jadualnya berikutan dia jalani rawatan untuk sembuh. Kami mengambil berat tentang kesihatan artis kami.

"Jadi, kami mengambil keputusan untuk membiarkan Jeongyeon berehat daripada aktiviti seni buat sementara waktu," tulis kenyataan tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain