suria

Foto Winwin NCT merokok, melepak bersama teman wanita tersebar... peminat kecam media China!

Foto Winwin bersama teman-teman disebarkan oleh media China.

BARU-BARU ini tersebar foto dan video ahli kumpulan NCT iaitu Winwin yang dirakam oleh paparazi memperlihatkan penyanyi itu bersantai bersama teman-teman dan merokok.

Menurut laporan AllKpop, salah satu media di China melaporkan penyanyi berusia 23 tahun itu berkumpul dengan beberapa rakan wanita di sebuah restoran.

Selepas menghabiskan waktu bersama, Winwin menghantar pulang temannya itu ke kenderaan masing-masing.



Media China melaporkan mengenai aktiviti Winwin bersama teman-teman wanita baru-baru ini.

Dalam rakaman berlainan, Winwin dilihat merokok di tempat terbuka sambil menggunakan telefon bimbit.

Laporan media tersebut menarik perhatian peminat dan rata-ratanya mengecam tindakan paparazi yang telah melanggar privasi penyanyi pujaan mereka itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Peminat mengkritik media berkenaan kerana berpendapat tindakan merokok dan berkumpul bersama teman-teman bukanlah satu jenayah.

“Saya tahu itu tugas kalian buat laporan tapi mengikuti seseorang macam ni bukan benda yang betul.

“Saya tak ada masalah dia nak merokok atau apa sebab dia bukan budak bawah umur. Tolong hentikan perbuatan mengekori artis ini, ” komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain