suria

Keluarga tarik nafas lega Demi Lovato ambil keputusan berpisah dengan Max Ehrich

Demi putuskan pertunangan dengan Max selepas dua bulan bersama.

KEPUTUSAN penyanyi terkenal Demi Lovato memutuskan tali pertunangannya dengan aktor Max Ehrich mendapat sokongan seluruh keluarganya.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu ahli keluarga meluahkan rasa syukur Demi menyedari hubungan tersebut tidak dapat diteruskan sebelum mereka berkahwin.

"Seluruh keluarga Demi Lovato menarik nafas lega kerana mereka tidak akan berkahwin," kata sumber.

Selepas dua bulan mengikat tali pertunangan pada 22 Julai lalu, Demi Lovato mengambil keputusan untuk berpisah dengan Max Ehrich.

Difahamkan, keputusan itu dibuat kerana kedua-dua selebriti ini mahu memilih membawa haluan masing-masing dan mahu fokus dengan karier seni.

Hubungan cinta pasangan ini bermula apabila Demi dilihat di dalam siaran langsung Instagram (IG Live) Max pada awal Mac lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain