suria

Penyanyi dangdut Fadhli Borneo meninggal dunia selepas sebulan berkahwin

Fadhli Borneo meninggal dunia selepas sebulan bergelari suami.

PENYANYI dangdut Indonesia, Fadhli Borneo yang baru sebulan mendirikan rumah tangga meninggal dunia pada Rabu lalu.

Menurut laporan Liputan6, berita duka itu disampaikan oleh rakan penyanyi Putra KDI menerusi Instagram miliknya.

"Turut berdukacita atas pemergiaan M.Toha Dzul Fadhli," tulis Putra tanpa menyatakan sebab kematian bekas peserta program realiti Kontes Dangdut Indonesia (KDI) itu.

Berita tersebut mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat kerana tiada sebarang muat naik di Instagram milik Fadhli memaklumkan mengenai pemergiaannya.

Umum mengetahui Fadhli baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Ayu Kusuma pada pertengahan Ogos lalu.

Mereka mengadakan majlis resepsi pada 5 September lalu.

Meninjau Instagram milik arwah Fadhli, rata-rata peminat mengucapkan takziah dan mendoakan supaya roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain