suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hampir dua tahun berkahwin, Randy Pangalila bakal jadi ayah!

Randy bakal bergelar bapa.

HAMPIR dua tahun berkahwin, pelakon Indonesia Randy Pangalila mengumumkan isterinya Chelsey Frank kini hamil.

Randy berkongsi berita gembira itu laman sosial Instagram pada Isnin dan meluahkan rasa teruja untuk bertemu cahaya mata pertama mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy & suami hadir majlis perkahwinan Randy Pangalila

"Seorang juara akan dilahirkan, tak sabar untuk bertemu kami. Ya saya akan menjadi ayah!" tulisnya.



Randy dan Chelsey berkahwin pada 19 Januari 2019.

Randy berkahwin dengan wanita berasal dari Kanada, Chelsey Frank pada 19 Januari 2019.

Majlis perkahwinan itu diadakan di Bali, Indonesia dalam majlis sederhana yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Randy sebelum ini membintangi beberapa drama di Malaysia antaranya Urusan Hati Cik Drama Queen dan Benci Vs Cinta.

Dia juga pernah bergandingan dengan Elfira Loy menerusi telefilem berjudul Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan Dalam Hati Ada Taman pada 2011.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia