suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hailey Baldwin kurang keyakinan diri kerana tidak tinggi seperti model lain

Hailey berasa tidak yakin apabila bersama Kendall dan Bella. Foto: People.

ISTERI kepada penyanyi Justin Bieber iaitu Hailey Baldwin mengakui dia tidak berasa yakin dan sentiasa membandingkan dirinya dengan model lain.

Memetik laporan dari Hollywoodlife, Hailey menganggap dirinya tidak sesuai menjadi seorang model peragaan seperti rakan baiknya, Kendall Jenner, Bella Hadid dan Gigi Hadid.

"Saya tidak mempunyai ketinggian seperti model yang lain, saya bukan model peragaan dan saya sentiasa berasa rendah diri apabila bersama dengan rakan-rakan.

Hailey berasa dirinya tidak mampu menjadi model seperti rakan-rakan baiknya.

"Lihat Kendall, Bella Hadid dan Gigi. Mereka tinggi dan sangat bagus dalam dunia peragaan," katanya menerusi temu bual bersama majalah Vogue Australia.

Menurut Hailey, dia pernah melalui pengalaman yang sukar dalam bidang tersebut apabila ada segelintir pihak menganggap dirinya tidak sesuai menjadi model.

Biarpun hampir berputus asa namun Hailey telah membuktikan dia mampu melakukan yang terbaik sehingga menjadi antara model jenama terkenal antarabangsa seperti Versace, Tommy Hilfiger dan Off-White.

Artikel Lain