Miley Cyrus enggan ambil tahu kisah Lindsay Lohan dan Liam Hemsworth - Bintang Global | mStar

Miley Cyrus enggan ambil tahu kisah Lindsay Lohan dan Liam Hemsworth

Lindsay dikatakan meninggalkan komen seakan ingin menggoda Liam di Instagram suami kepada Miley Cyrus itu.

KOMEN yang ditinggalkan penyanyi Lindsay Lohan seakan ingin menggoda di Instagram Liam Hemsworth tidak menarik perhatian Miley Cyrus.

Memetik laporan dari Hollywoodlife, Miley tidak berminat untuk mengetahui mengenai apa yang berlaku antara Lindsay dan suaminya itu kerana sibuk dengan kehidupannya bersama pasangan baharu.

"Miley dah teruskan hidupnya bersama pasangan baru dan dia hanya fokus pada hubungan tersebut. Jadi, dia tidak mengambil perhatian mengenai apa yang berlaku dalam kehidupan Liam.

"Termasuklah komen Lindsay Lohan di Instagram Liam. Miley tidak berminat untuk mengetahui mengenai mereka berdua. Dia lebih memikirkan tentang keadaan dirinya," kata sumber terdekat.

Miley mahu fokus pada kehidupan bersama pasangan baharunya.

Miley kini berada di New York bersama pasangannya untuk menghadiri minggu fesyen New York.

Sebelum ini, Miley mengejutkan dunia hiburan apabila dia mengumumkan perpisahan dengan suaminya itu selepas hanya lapan bulan berkahwin pada awal Ogos lalu.

Khabar angin mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi selebriti itu mula bertiup kencang apabila Miley melalui sebuah posting di Instagramnya dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan di jari manisnya.

Perpisahan Miley dan Liam juga didakwa berpunca daripada sifat buruk penyanyi itu yang menjalinkan hubungan sejenis dengan wanita dikenali sebagai Kaitlynn Carter.

Artikel Lain