suria

Majlis kahwin adik Priyanka Chopra akhirnya dibatalkan, padam foto pertunangan

Majlis perkahwinan adik lelaki Priyanka dibatalkan pada saat akhir.

MAJLIS perkahwinan adik lelaki pelakon Priyanka Chopra, Siddarth Chopra yang sepatutnya berlangsung bulan lalu akhirnya dibatalkan pada saat akhir.

Perkara itu disahkan ibu kepada aktres jelita itu, iaitu Madhu Chopra.

Menurut laporan hindustantimes, perkahwinan itu dibatalkan sendiri oleh adik lelaki Priyanka dan tunangnya, Ishita Kumar.

Dalam perkembangan lain, Ishita juga dilaporkan telah memadam kesemua foto majlis pertunangannnya di London sehari sebelum majlis perkahwinannya dijangka berlangsung.

Selain itu, Ishita memuat naik catatan bertulis 'Bergembiralah untuk permulaan baharu. Selamat tinggal kenangan, pengakhiran yang sangat indah'.

Priyanka sebelum ini dikhabarkan pulang ke Mumbai tanpa suaminya, Nick Jonas untuk menghadiri majlis tersebut.

Namun dikhabarkan sudah pulang semula ke Amerika Syarikat beberapa hari selepas itu.

Terdahulu, majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Mac lalu ditangguhkan atas sebab bakal pengantin perempuan, Ishita Kumar terpaksa menjalani pembedahan dan memerlukan masa untuk sembuh.

Ia bagaimanapun dilaporkan telah dibatalkan tanpa menyatakan sebab sebenar.

Priyanka Chopra, Ishita Kumar

Artikel Lain