suria

Tiada majlis istimewa untuk Lee Min Ho sempena tamat latihan ketenteraan

Lee Min Ho sudah selesai menjalani sesi latihan ketenteraan.

PELAKON Lee Min Ho akhirnya sudah menamatkan latihan ketenteraan pada Khamis.

Menurut laporan Allkpop, agensi pengurusan Lee Min Ho, MYM Entertainment memberitahu tidak ada sebarang majlis istimewa yang akan diadakan untuk menyambut kepulangan aktor itu.

"Min Ho sudah menamatkan latihan ketenteraan secara biasa sahaja tanpa sebarang majlis istimewa," katanya.

Lee Min Ho telah menjalani latihan khidmat ketenteraannya sejak 12 Mei 2017 di Suseo Social Welfare Center bertempat di Daerah Gangnam sebagai Pegawai Khidmat Masyarakat.

Dia kemudiannya menjalani latihan di Pusat Latihan Tentera Korea yang terletak di Selatan Nonsan, Wilayah Chungcheong pada 15 Mac 2018.

Lee Min Ho

Artikel Lain