suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ariana Grande rindukan Mac Miller

Mac Miller ditemui mati dipercayai akibat pengambilan bahan barang terlarang berlebihan pada September tahun lalu.

PENYANYI Ariana Grande mungkin sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul 7 Rings namun dia masih belum melupakan bekas kekasihnya, Mac Miller.

Cosmopolitan melaporkan Ariana dilihat memuat naik status miss u (rindukan kamu) di Twitter bersempena hari jadi Mac yang ke-27 pada Sabtu lalu.

Mac ditemui mati pada September lalu dipercayai akibat pengambilan bahan terlarang secara berlebihan dan berita kematiannya memberi kesan kepada Ariana.

Penyanyi lagu Thank you, next itu juga memutuskan pertunangannya dengan Pete Davidson selepas itu.

Walaupun Ariana tidak menulis secara spesifik ucapan itu namun peminat percaya ia ditujukan kepada Mac.

Mac Miller, Ariana Grande

Artikel Lain