suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkongsian #10yearschallenge Krisdayanti undang kecaman netizen

Perkongsian cabaran #10yearschallenge Krisdayanti undang kritikan peminatnya. Foto Instagram @krisdayantilemos

TINDAKAN penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti memuat naik gambar cabaran #10yearschallenge bersama suami, Raul Lemos nampaknya mengundang padah.

Ini kerana netizen mendakwa gambar diambil Krisdayanti bersama Raul pada 2009, penyanyi lagu Menghitung Hari itu masih bergelar isteri kepada Anang Hermansyah.

Menerusi kapsyen gambar tersebut, penyanyi berusia 43 tahun itu memberitahu foto pertama itu dirakamkan ketika mereka bercuti di Hong Kong.

"Yeay, Alhamdulillah dapat menyertai #10yearchallenge, untuk kami foto ini mempunyai banyak kenangan.

"Tentang 10 tahun kami bersama, yang kiri kami nampak lebih kurus dan ternyata selepas 10 tahun kami kembali mengambil gambar di kota yang sama," tulisnya.

Krisdayanti berkahwin dengan Anang 22 Ogos 1996 namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 22 Oktober 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Titania Aurelie Nurhermansyah, 21 dan Azriel Akbar Hermansyah, 19 tahun.

Penyanyi itu kemudiannya berkahwin dengan Raul pada 20 Mac 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ariannha Amora Lemos, 8 tahun dan Kellen Alexander Lemos, 7 tahun. - Liputan6

Krisdayanti

Artikel Lain