suria

Tanpa Jonghyun, SHINee Teruskan Konsert

SHINee tetap teruskan konsert meskipun tanpa Jonghyun. Foto SOOMPI

KUMPULAN SHINee memaklumkan akan meneruskan konsert mereka yang bakal bermula awal Februari ini.

Meskipun tanpa Jonghyun, SHINee yang dianggotai oleh Onew, Key, Minho dan Taemin bersepakat meneruskan siri jelajah mereka.

Menurut laman portal Allkpop, SHINee dijadualkan bakal menjayakan konsert mereka, SHINee World The Best 2018: From Now On di Jepun bulan depan.

Onew selaku ketua kumpulan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang begitu prihatin dengan kematian teman baiknya itu.

Jonghyun mati dipercayai akibat bunuh diri.

Penyanyi berusia 28 tahun ini berkata, sokongan daripada peminat dan pesanan ibu Jonghyun membuatkan mereka bersemangat meneruskan perjuangan seni.

"Saya rasa tak boleh nak buat konsert ini, tapi teringat pesan ibu Jonghyun yang mahu kami tidak berhenti daripada bidang ini.

"Saya dan ahli kumpulan lain memutuskan untuk melakukan yang terbaik demi mengubat kerinduan peminat kepada Jonghyun.

"Saya tahu ini bukan tugas mudah, namun saya akan cuba yang terbaik," tulis Onew menerusi surat yang diberikan kepada peminat.

Terdahulu, kematian Jonghyun akibat bunuh diri pada 18 Oktober tahun lalu mendapat perhatian peminat di seluruh dunia.

SHINee, Jonghyun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain