suria

Hugh Grant Bakal Timang Anak Kelima

Hugh Grant dan teman wanitanya Anna Eberstein bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

PADA usia 57 tahun pelakon terkenal Hugh Grant bakal menimang cahaya mata kelima!

People melaporkan teman wanita kepada Hugh iaitu Anna Eberstein sedang hamil anak ketiga mereka dan dijangka bersalin tidak lama lagi.

Perkara itu terdedah apabila perut Anna dilihat membesar ketika wanita itu sedang berjalan masuk ke lapangan terbang di New York.

Pasangan itu sudah pun mempunyai dua lagi anak bersama yang kini berusia lima dan dua tahun.

Ibu kepada Anna, Susanne ketika ditemu bual bersama sebuah majalah memberitahu gembira bakal menimang seorang lagi cucu.

Bintang filem Notting Hill itu mempunyai dua lagi anak iaitu Felix dan Tabitha hasil perkongsian hidup dengan Tinglan Hong.

Hugh Grant

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain