suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ryan Reynolds Bantu Peminat Balas Dendam

Gambar suntingan peminat Ryan Reynolds yang menjadi tular di laman twitter.

DIKENALI dengan sikapnya yang sentiasa unik, pelakon Hollywood Ryan Reynolds memberi satu lagi sebab mengapa peminat perlu menyayangi dirinya.

Antaranya aktor berusia 40 tahun itu menyokong suntingan gambar dibuat peminat wanitanya sebagai membalas dendam terhadap kekasihnya.

Wanita itu, Gabi Dunn memutuskan satu cara untuk membalas dendam dengan meletakkan imej Reynolds bersebelahan gambarnya yang memakai gaun malam di tempat bekas teman lelakinya berdiri.

Imej suntingan peminat bernama Gabi Dun yang menarik perhatian Ryan Reynolds.

Menerusi keterangan gambar tersebut dia menulis: "Saya dan teman lelaki berpisah beberapa hari selepas majlis makan malam, jadi saya putuskan untuk menyunting foto-foto ini @vitreynolds," tulisnya.

Bintang Deadpool  itu hanya menambah satu cadangan untuk Gabi menerusi balasan Twitter.

Dia menulis di Tweet: "Kamu sepatutnya menyunting imej saya menerusi gambar tahun depan, #donmesswithgabi.

Ryan Reynolds

Artikel Lain