suria

Surat Bunuh Diri Pembantu Produksi 'Drinking Solo' Tersebar

Program Drinking Solo.

KES bunuh diri seorang pembantu produksi drama Drinking Solo iaitu PD Lee kembali menjadi perhatian apabila surat sebelum dia membuat keputusan membunuh diri tersebar di internet.

Menerusi surat tersebut, dia mengakui tersiksa dan tertekan kerana memaksa pekerja di bawahnya untuk bekerja lebih 20 jam sehari.

Dia berkata, dia tidak boleh hidup dalam keadaan bersalah.

"Aku hanya pekerja biasa dan paling tidak aku tidak seharusnya mereka bekerja lebih banyak daripada sepatutnya.

"Aku memaksa mereka kerja selama 20 jam sehari dan mereka hanya tidur 2 atau 3 jam sahaja sebelum kembali bekerja untuk program itu. Aku benci untuk hidup begitu," tulisnya.

PD Lee ditemui membunuh di sebuah hotel di Gangnam pada 26 Oktober tahun lalu. Daripada hasil penyiasatan lelaki itu membunuh diri akibat tertekan dengan sistem kerja produksi program terbabit.

Drinking Solo ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2016 dibintangi oleh Ha Seok-jin dan Park Ha-sun. Ia disiarkan menerusi saluran tvN bermula 5 September sehingga 25 Oktober 2016 sebanyak 16 episod.

Drinking Solo

Artikel Lain