suria

Irene (Red Velvet) Jadi Model Kasut

WAJAH cantik salah seorang ahli Red Velvet iaitu Irene memberi rezeki kepadanya apabila dipilih menjadi model untuk beberapa produk wanita.

Terbaharu, wanita berusia 26 tahun ini dilantik menjadi model kepada jenama kasut Nouv bagi koleksi terkini mereka.

Sebuah foto yang baharu dilancarkan menampilkan penyanyi itu duduk di meja makan dengan beberapa pasang kasut di hadapannya.

Bagaimanapun, netizen berpendapat perkara itu hanya merugikan jenama berkenaan berikutan penonton hanya terpaku memandang wajah Irene berbanding kasut yang dipaparkan.

"Irene benar-benar cantik sehingga orang yang melihat poster itu tidak perasan tentang kasut yang dijual.

"Kami tidak melihat kasut tetapi sentuman manis Irene sahaja," ujar netizen.

Sementara itu, kumpulan Red Velvet baharu sahaja mengumumkan nama rasmi kumpulan peminat mereka ReVeluv.

Irene Red Valvet

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain